Umno akur siapapun keputusan calon BN

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Semua anggota Umno dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai berjanji akan akur dengan calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu 14 Julai ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata perbicangan telah dibuat dengan ketuaketua cawangan dan mereka sedia menerima siapa sahaja calon yang dikemukakan nanti.

"Dalam pertemuan itu mereka akur dengan siapa juga calon yang dikemukakan dan mereka berjanji menerima siapa yang dipilih nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketuaketua cawangan dalam DUN Manik Urai di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Pengarah Pilihan raya DUN Manik Urai berkata semua cawangan telah menyatakan sokongan dan kesediaan untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon BN pada pilihan kecil raya itu.

Beliau berkata semua anggota Umno kawasan itu menunjukkan semangat yang tinggi untuk melihat BN menang pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh penamaan calon pada 6 Julai dan pengundian pada 14 Julai. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan