Tindakan tegas terhadap aktiviti judi haram di sebalik kafe siber

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengambil tindakan tegas bagi membanteras aktiviti judi haram yang berselindung di sebalik perniagaan kafe siber, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan kementerian, hampir 90 peratus daripada kafe siber di sekitar ibu kota menjalankan perniagaan haram tersebut dengan memuatkan perisian judi di dalam komputer.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan lesen tersebut (kafe siber) dengan harapan masyarakat akan lebih celik komputer, tetapi daripada lawatan mengejut yang dilakukan, kita dapati lesen yang diberikan untuk mengusahakan pusat internet (kafe siber) telah disalahgunakan.

"Saya kesal kerana hampir keseluruhan pusat internet didapati menjalankan kegiatan judi haram dengan 80 peratus daripada pelanggannya adalah kaum Bumiputra termasuk belia," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutupan Program Fiesta Kebudayaan Belia dan Kempen Penambahan Ahli Persatuan Belia Wilayah Persekutuan di Pasar Seni di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, pengusaha kafe siber yang berdekatan dengan pusat pengajian tinggi ataupun kolej lebih telus kerana mereka menggunakan lesen yang dikeluarkan dengan betul.

Saravanan turut memberi amaran kepada pengusaha kafe siber yang menggunakan cermin gelap di premis masingmasing kerana berdasarkan kelulusan DBKL, mereka sepatutnya menggunakan cermin lutsinar.

"Kenapa harus guna cermin gelap...apakah mereka ingin melindungi aktiviti mereka daripada dilihat oleh orang ramai ataupun ingin menghindar daripada pengawasan pihak berkuasa," katanya.

Sehubungan itu Saravanan mengingatkan pengurus kafe siber dan pemilik bangunan supaya tidak menjadikan premis mereka sebagai pusat judi haram dan lebih telus menggunakan lesen yang diberikan atau berhadapan dengan tindakan tegas oleh pihak berkuasa. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan