Selangor tubuh jawatankuasa bertindak atasi H1N1

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua daerah supaya menubuhkan jawatankuasa bertindak Influenza A (H1N1) sebagai langkah berjaga-jaga mengatasi sebarang wabak dalam negeri, kata pengerusi jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Estet, Kemiskinan dan Kerajaan Penyayang Selangor Dr A. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah itu sudah diberi taklimat oleh pegawai-pegawai jabatan kesihatan berhubung langkah berjaga-jaga yang perlu diambil sekiranya wabak penyakit mulai merebak.

Katanya tugas utama jawatankuasa ini adalah untuk menjadikan semua agensi kerajaan bersiap sedia dalam usaha membendung jangkitan virus H1N1 daripada merebak.

"Jawatankuasa ini akan mendapatkan pegawai-pegawai jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan untuk menampilkan liputan yang lebih sempurna di kawasan masing-masing sekiranya berlaku wabak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan Selangor di bangunan Sariausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Sehingga ini tiga kes H1N1 disahkan di Selangor membabitkan pelajar Sekolah.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama yang berumur 14 tahun merupakan mangsa terbaru virus H1N1 di Selangor, dan beliau merupakan abang kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Assunta (2) in Petaling Jaya yang disahkan turut dijangkiti H1N1 sebelum ini. Manakala seorang lagi yang disahkan ialah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam.

Xavier berkata ketiga-tiga pelajar itu kini dikuarantin di hospital manakala rakan kelas mereka dikuarantin di rumah.

"Sekiranya pelajar-pelajar ini menaiki bas sekolah atau berkongsi kenderaan ke sekolah, pelajar-pelajar yang turut menaiki bas sekolah atau kereta itu juga diminta menjalani kuarantin diri di rumah masing-masing untuk tempoh tujuh hari akan datang," katanya dan menambah bahawa kerajaan Selangor tidak bercadang untuk menutup sekolah-sekolah berkenaan setakat ini.

Xavier berkata kerajaan negeri juga setakat ini tidak berhasrat mewajibkan langkah saringan terhadap pelajar-pelajar di sekolah terbabit.

"Saya rasa langkah kuarantin diri adalah langkah terbaik mengawal jangkitan penyakit itu setakat ini," katanya dan menambah kebanyakan mangsa H1N1 dalam negeri akan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan