Pemimpin Islam perlu bukti keupayaan untuk elak kecaman barat

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Para pemimpin di negara-negara Islam perlu membuktikan keupayaan pentadbiran khususnya ketika berurusan dengan pelbagai krisis dan konflik agar mampu menangkis segala tohmahan dunia barat.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika mengulas situasi tegang yang melanda Iran ketika ini berkata adalah menjadi tanggungjawab pemimpin sendiri untuk menyatupadukan rakyat di bawah satu bendera.

Katanya pelbagai pihak yang mengecam kemenangan Mahmoud Ahmadinejad seharusnya menerima kemenangan itu dengan terbuka kerana ia adalah pilihan rakyat negara berkenaan.

"Kerajaan Malaysia ada mengutuskan ucapan tahniah kepada Ahmadinejad atas kemenangan besar beliau. Semua pihak yang mengecam kemenangan itu perlu menerima (kemenangan Ahmadinejad) kerana dia merupakan pilihan rakyat Iran sendiri," katanya kepada pemberita selepas menutup mesyuarat Konsul Kehormat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai kecenderungan media barat menyiarkan laporan yang mengecam peribadi Ahmedinejad berikutan percanggahan pendapat antara beliau dan dunia Barat mengenai beberapa isu.

Ahmedinejad turut dikecam hebat apabila meneruskan program nuklearnya walaupun dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Anifah pemilihan Ahmedinejad menggambarkan kehendak dan suara rakyat, justeru negara-negara lain tidak berhak untuk mencampuri atau mengkritik keputusan pilihan raya itu.

"Sebagai sebuah negara yang berpaksikan kepada sistem demokrasi, kemenangan Ahmedinejad disokong oleh Malaysia, tapi kerajaan tidak bercadang untuk mendesak atau memberi tekanan kepada negara-negara lain agar mengambil tindakan yang sama," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan