Pekerja keretapi Thailand adakan mogok

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Beribu-ribu penumpang terkandas di seluruh Thailand selepas pekerja keretapi mengadakan mogok bagi membantah rancangan kerajaan menstruktur semula State Railway of Thailand (SRT) yang dibebani hutang.

Di bandar Hatyai, penumpang keretapi untuk laluan Bangkok-Butterworth dipindahkan ke beberapa buah bas sebelum meneruskan perjalanan mereka ke ibu negara Thai dan Butterworth, Pulau Pinang.

Ketua Perkhidmatan Pusat Selatan Thanongsak Pongprasert berkata semua kereta api yang beroperasi di empat wilayah di selatan telah pun menghentikan operasi sehingga dimaklumkan kemudian berikutan mogok yang diadakan itu.

"Lazimnya kami mengendalikan kira-kira 20 kereta api di selatan, termasuk untuk perjalanan ke Sungai Golok. Mogok itu akan menjejaskan kira-kira 10,000 penumpang, termasuk yang ingin pergi ke Butterworth dan Bangkok," katanya ketika dihubungi di Hatyai.

Ketua Kesatuan Pekerja SRT Sawit Kaewwarn, mengumumkan pada Isnin bahawa mogok itu akan diteruskan sehingga kerajaan membatalkan keputusannya untuk memisahkan agensi itu kepada dua bahagian.

SRT mengendalikan kira-kira 145 perkhidmatan di seluruh Thailand, sebahagian besarnya dari stesen Hualampong di ibu negara, membawa kira-kira 50,000 penumpang sehari.

Pada 3 Jun, Kabinet Thai meluluskan pelan penstrukturan semula untuk memisahkan SRT kepada dua syarikat, sebuah daripadanya menyediakan perkhidmatan landasan manakala sebuah lagi menguruskan asetnya.

Menurut laporan, SRT yang ditubuhkan pada 1951, tidak pernah mencatatkan keuntungan dan hutang semasanya pula berjumlah 69 bilion baht. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan