Najib sifatkan Sarawak contoh amalan konsep 1Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sarawak sebagai contoh amalan budaya hidup 'Perpaduan Melalui Kepelbagaian', sekaligus menjadi petanda konsep 1Malaysia diterima baik rakyat.

"Jika apa yang saya lihat sepanjang lawatan saya ke Sarawak barubaru ini satu petanda bahawa konsep 1Malaysia itu bukan sahaja diterima dengan baik oleh Rakyat, malah ia adalah satu cara hidup.

"Rakyat Sarawak adalah contoh apa yang saya maksudkan dengan 'Perpaduan Melalui Kepelbagaian', seperti yang mereka sama sama hormati budaya dan perayaan kumpulan etnik mereka yang pelbagai," katanya dalam posting terbaru melalui blognya www.1Malaysia.com.my.

Beliau yang menceritakan lawatannya ke Sarawak barubaru ini umpama sebuah catatan perjalanan, juga menyifatkannya kunjungan ke Kota Kenyalang itu sungguh berhasil.

"Saya merenung kembali perpaduan yang ditunjukkan yang saya lihat pada dua hari yang lalu. Malah sebelum saya menjelaskan nilainilai dan unsurunsur 1Malaysia, ianya telah lama diamalkan oleh rakyat Sarawak, sama ada mereka yang tinggal di pekan dan bandar yang telah maju atau di rumah-rumah panjang tradisional dan kampungkampung tinggalan nenek moyang mereka.

"Pada masa yang sama, saya memikirkan akan pentingnya memastikan keduadua kerajaan persekutuan dan negeri berganding bahu meneruskan usaha untuk membangunkan semua daerah di Sarawak untuk mencapai matlamat dan citacita, seperti yang dibincangkan dengan Ketua Menteri Sarawak," katanya.

Beliau turut menyuarakan rasa terkilan atas kesuntukan waktu untuk bertemu dengan anggota Dewan Undangan Negeri; tetapi berjanji tindakan yang sewajarnya akan diambil berdasarkan perbincangan bersama Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.

Najib berkata 1Malaysia adalah dan akan terus menjadi satu proses dinamik pembangunan negara.

Najib juga berkata, beliau akan membuat beberapa pengumuman liberalisasi pada akhir Jun ini, dan selanjutnya, akan ada lagi pengumuman pada hari ke100 saya menjadi Perdana Menteri, khusus untuk rakyat dan menggambarkan konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Saya berharap anda semua akan terus menyokong konsep ini melalui penyertaan anda dalam laman web saya melalui interaksi anda dengan rakyat Malaysia yang lain dan sesiapa juga, dan melalui penghayatan dan amalan nilainilai murni dan prinsipprinsipnya dalam kehidupan seharian anda," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan