Krisis Huan: Presiden Gerakan tidak mahu sertai "perang mulut"

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon berkata, beliau tidak mahu terlibat dalam "perang mulut" dengan Naib Presidennya, Huan Cheng Guan yang telah digantung keahlian selama tiga tahun sejak Jumaat lalu.

Justeru beliau menegaskan, Huan sewajarnya telah menggunakan segala saluran yang ada dalam Gerakan untuk mengemukakan pandangan jika tidak berpuas hati dengan parti.

"Saya selalu konsisten dengan pendirian saya bahawa jika tidak puas hati dan ada pandangan yang hendak sampaikan gunakan saluran parti... saya tidak mahu komen lagi," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Terdahulu Huan yang digantung keahlian selama tiga tahun Jumaat lalu berkata, beliau tidak akan menyertai komponen Pakatan Rakyat walaupun beliau keluar parti itu kelak.

"Saya rasa tidak, saya rasa tidak... bukan buat masa sekarang," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi.

Sambil menyifatkan Gerakan "sebagai isteri kedua", Huan mengulangi beliau akan memutuskan sama ada keluar Gerakan ataupun sebaliknya dalam waktu terdekat.

Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Semalam Huan memberitahu mStar Online bahawa beliau akan keluar Gerakan jika hukuman menggantung keahliannya selama tiga tahun tidak ditarik balik.

"Kemungkinan keluar... jika keputusan (menggantung saya) tidak dikaji semula," kata beliau semalam.

Huan akan memutuskan mengenainya dalam tempoh dua minggu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memberi tempoh 14 hari kepada Huan untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.

Huan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun malam Jumaat lalu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan