Kelebihan satu undi 'selamatkan' akta DNA

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya dengan kelebihan satu undi sebahagian Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang melalui peringkat jawatankuasa majlis diluluskan lewat petang ini.

Seksyen Dua rang undang-undang itu diluluskan dengan 48 menyokong dan 47 membantah apabila pengundian secara belah bahagi dijalankan.

Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi.

"Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."

Ketika pengundian dijalankan, sesi Dewan Rakyat dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar membenarkan pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat.

Loceng dibunyikan bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen memasuki Dewan Rakyat kira-kira pukul 5.30 petang.

Di akhir pengundian 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah.

Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen.

Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu.

Seksyen Dua itu membabitkan aspek intepretasi dan definisi pengendalian ujian DNA.

Sejurus selepas keputusan pengundian diumumkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz keluar Dewan Rakyat dalam keadaan tidak ceria dan tergesa-gesa.

Beliau kemudian kelihatan menghubungi beberapa pihak dari dewan rehat ahli-ahli Parlimen.

Bagaimanapun beliau tidak menemui wartawan.

Ketika mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan ia masih membahaskan Seksyen Tiga yang berkaitan dengan pembentukan bank DNA.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan