Jangan pertikai pelantikan tiga jawatan utama Umno Terengganu - Ahmad

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berharap pihakpihak tertentu tidak mempertikaikan pelantikan baru bagi tiga jawatan utama Badan Perhubungan Umno negeri, yang sebelum ini dilanda pelbagai konflik dalaman.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu, berkata pelantikan baru itu dikemukakan sendiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Pengerusi Badan Perhubungan negeri.

"Saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan selamat dan sempurna. Pelantikan ini diharap dapat memberi kepuasan kepada semua pihak.

"Kalau saya tidak pertikai dengan pelantikan ini dan menerimanya dengan lapang dada, kenapa orang lain perlu pertikai," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan buku elektronik atau eBook kepada sekolah di daerah Hulu Terengganu di Sekolah Kebangsaan Ajil, di sini hari ini.

Semalam, Hishammuddin mengumumkan pelantikan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang sebagai Setiausaha Perhubungan Umno negeri yang baru, menggantikan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang digugurkan.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman Datuk Ahmad Shabery Cheek pula dilantik sebagai Ketua Penerangan Umno negeri, menggantikan Datuk Mohd Zuber Embong, manakala timbalan ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd Said pula dilantik sebagai Bendahari Umno negeri menggantikan Datuk Roslan Awang Chik.

Ahmad berkata sebelum pelantikan baru itu dibuat, mereka terlebih dahulu telah berbincang termasuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.

"Kita berjiwa besar dan ingin melihat Barisan Nasional (BN) meneruskan penguasaan di Terengganu dan menang pada pilihan raya umum ke13 akan datang. Sebenarnya parti lebih penting, rakyat perlu diperjuangkan," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad menyampaikan 439 eBook kepada pelajar Tahun Lima 10 sekolah di daerah Hulu Terengganu. Setakat ini, sebanyak 2,300 daripada 23,000 eBook telah diagihkan kepada murid Tahun Lima di seluruh Terengganu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan