Umno Kelantan tunggu lampu hijau untuk bincang dengan PAS

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu "lampu hijau" daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan PAS Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed.

"Kami menunggu lampu hijau daripada Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) sebelum membuat sebarang langkah perbincangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program basmi kemiskinan peringkat Kelantan anjuran Giatmara, di sini petang semalam.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu, yang mahukan perbincangan antara PAS dan Umno mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan PAS diminta supaya melupakan sengketa lama atas kepentingan membela umat Islam di negara ini.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, merupakan pemimpin yang menentang keras cadangan itu yang datang daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kemelut percanggahan cadangan itu memuncak di dalam PAS apabila Nik Abdul Aziz meminta Nasharuddin Mat Isa supaya meletakkan jawatan Timbalan Presiden parti itu dan anggota Parlimen Bachok, jika berhasrat meneruskan cadangan itu.

Mustapa berkata Umno Kelantan bersikap terbuka untuk memastikan cadangan kerajaan perpaduan itu menjadi satu realiti dan pihaknya bersedia untuk mengadakan perbincangan itu dengan PAS Kelantan bagi menjernihkan keadaan.

"Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan perbincangan itu, malahan kita bersikap terbuka kerana ia untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan