Rusuhan: Seorang lagi penghuni Pusat Serenti, 2 penduduk kampung ditahan

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis berjaya menahan seorang lagi penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini yang melarikan diri dalam kejadian rusuhan Jumaat lepas di kawasan Kubang Semang, di sini awal pagi ini.

Dengan penahanan itu, jumlah penghuni yang berjaya ditemui semula setakat ini ialah 11 orang dan usaha memburu 16 lagi masih diteruskan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Wan Abdullah Tunku Said berkata, polis turut menahan dua orang penduduk kampung yang merupakan rakan penghuni berkenaan, kerana memberikan perlindungan kepada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada kirakira pukul 3 pagi ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kempen Cegah Jenayah di sini, hari ini.

Katanya, penghuni pusat serenti yang ditahan semula itu akan direman bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di pusat berkenaan sehingga menyebabkan beberapa blok bangunan serta beberapa kenderaan pusat itu terbakar, dan dia akan disiasat mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan.

Wan Abdullah berkata, dua penduduk yang memberi perlindungan itu pula akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda.

Beliau berkata, polis sedang meningkatkan usaha memburu baki penghuni yang melarikan diri itu dengan meneruskan sekatan jalan raya.

Bagaimanapun katanya, polis menghadapi kesukaran mengesan mereka kerana gambar serta rekod mereka musnah dalam kebakaran di pusat serenti itu.

Wan Abdullah seterusnya meminta orang ramai terutama anggota keluarga penghuni yang berjaya melarikan diri supaya tidak melindungi mereka, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian yang bermula kira-kira pukul 6.40 petang Jumaat lalu, sekumpulan penghuni pusat itu merusuh dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati beberapa penghuni yang ditahan di sel pusat itu, yang masih didapati positif dadah walaupun selepas menjalani pemulihan.

Pusat itu mempunyai 522 penghuni dan semalam, 350 daripada 495 orang yang berada di pusat itu dipindahkan ke beberapa pusat serenti berhampiran. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan