Umno mahu perbincangan kerajaan perpaduan disegerakan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh PAS. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini semalam. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara PAS dan Umno pada era 70an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi PAS kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.

Muhyiddin berkata pemimpin PAS yang tidak bersetuju harus melihat sengketa lama itu berlaku di bawah kepimpinan yang lama dan kini kepimpinan PAS telah diterajui oleh pemimpin baru yang mempunyai hala tuju dan matlamat baru.

Pada Rabu lepas, Nik Abdul Aziz menentang dengan keras soal kerajaan perpaduan dan telah meminta Nasharuddin Mat Isa meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Anggota Parlimen Bachok jika beliau ingin meneruskan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Muhyiddin berkata soal Nik Abdul Aziz menolak isu merupakan masalah dalaman parti itu dan ia perlu diselesaikan oleh PAS sendiri.

"Perkara yang penting adalah hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu menjayakan kerajaan perpaduan itu malahan Muhyiddin mahukan perlu ada usaha daripada PAS untuk mewujudkan satu usaha sebagai pembuka tirai dalam menjayakan kerajaan perpaduan.

"Kita berharap (pertemuan berlangsung) dalam beberapa hari akan datang, bila-bila masa, tiada masalah," katanya.

Muhyiddin berkata pada peringkat permulaan biarlah perbincangan itu diwujudkan antara PAS dan Umno sahaja sebelum perkara tersebut dibincangkan secara menyeluruh dengan parti komponen BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Ditanya mengenai pandangan pembangkang bahawa Umno lemah kerana inginkan kerjasama dengan PAS, beliau menafikan pandangan itu kerana BN masih kuat di dalam kerajaan.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat dengan jumlah anggota Parlimen BN lebih ramai di Dewan Rakyat berbanding pembangkang.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata adalah menjadi hasrat Umno untuk melihat perpaduan umat Islam di negara ini dapat dieratkan.

Katanya hasrat beliau ingin melihat umat Islam di negara mempunyai satu pemikiran yang sama walaupun berbeza dalam pandangan politik.

Beliau kesal kerana senario politik di negara ini sekarang memperlihatkan perpecahan di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan politik sehingga meminggirkan soal perpaduan dan integrasi umat Islam.

Muhyiddin berkata banyak perkara yang perlu difikirkan untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini termasuk membela umat Islam dalam meningkatkan ekonomi mereka. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan