Rusuhan: Penghuni Pusat Serenti mungkin peroleh dadah daripada rakan dibebaskan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak menolak kemungkinan beberapa penghuni yang menjalani pemulihan di Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini masih meneruskan kegiatan mereka setelah mendapat bekalan daripada rakan-rakan mereka yang telah dibebaskan.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abdul Bakir Zin berkata, dadah mungkin dilempar dari luar pagar pusat itu sebelum dikutip oleh penghuni.

Katanya, walaupun penghuni tidak dibenar menggunakan telefon bimbit semasa dalam proses pemulihan, tetapi berdasarkan pemeriksaan di blok asrama mereka, kakitangan AADK menemui alat komunikasi itu.

"Mungkin mereka menggunakannya untuk berkomunikasi dengan rakanrakan yang telah dibebaskan bagi mendapat bekalan dadah," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat itu bersama Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob hari ini.

Terdapat penghuni pusat itu yang didapati masih positif dadah walaupun sedang menjalani pemulihan.

Perkara tersebut timbul apabila lima penghuni pusat itu merusuh dan membakar beberapa blok bangunan dan merosakkan perlatan, bangunan serta kenderaan milik pusat itu semalam.

Mereka dikatakan mengambil kesempatan untuk merusuh ekoran beberapa rakan mereka diasingkan di dalam sel setelah pihak pusat mendapati mereka positif dadah.

Abdul Bakir berkata, pihaknya juga akan menyiasat kemungkinan kakitangan AADK sendiri terlibat membawa masuk dadah berkenaan.

Seramai 27 orang daripada 522 penghuni pusat itu memboloskan diri dalam kejadian tersebut di mana 10 orang berjaya ditahan semula.

Abdul Bakir juga berkata, 350 daripada 495 penghuni pusat itu telah dipindahkan ke tujuh pusat serenti lain di zon utara bagi mengelak mereka mengulangi rusuhan seperti semalam.

"Daripada jumlah itu, 30 orang dipindahkan ke Pusat Serenti Bukit Chabang, Perlis, Karangan (70), Perlop (70), Serdang (45), Sungai Petani (40), Bukit Mertajam (60) dan Batu Kurau (35) manakala 145 lagi kekal di pusat serenti Kampung Selamat," katanya.

Beliau berkata, semua pusat serenti di seluruh negara diminta meningkatkan kawalan keselamatan serta mengkaji semula bilangan petugasnya untuk mengawasi penghuni di pusat masing-masing.

"Jika perlu tambahan kakitangan untuk mengawal keselamatan, kita akan lakukan dan pada masa yang sama pemeriksaan pagar di sekeliling kawasan serta menaik taraf keselamatan pagar perlu dilakukan untuk mengelakkan penghuni memboloskan diri," katanya.

Pusat di Tasek Gelugor itu mempunyai sembilan kakitangan yang bilangan itu dikatakan mencukupi untuk mengawal para penghuni.

Menurut Abdul Bajir, kejadian petang semalam itu berlaku begitu pantas apabila sekumpulan penghuni bertindak agresif dengan merempuh dan membaling batu dan kayu ke arah kakitangan pusat, yang diambil di kawasan pembinaan dalam pusat serenti berkenaan.

Katanya, kumpulan berkenaan juga bertindak memasuki bilik keselamatan serta merampas kunci sel bagi melepaskan lima rakan mereka dari bilik itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan