PKR tidak bantah perbincangan demi kepentingan negara

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu tidak membantah mana-mana parti politik termasuk PAS mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun demi kepentingan negara.

"Saya tidak fikir sebarang parti dihalang daripada membincangkan dengan mana-mana pihak tetapi kerajaan perpaduan adalah isu berlainan sama sekali.

"Kami adalah dalam Pakatan (Rakyat), jadi kami semua komited kepada Pakatan," katanya kepada pemberita ketika ditanya pendirian parti itu terhadap idea kerajaan perpaduan.

Dr Wan Azizah menghadiri sebuah majlis menyambut ulang tahun kelahiran pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi ke-64 anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, di sini, semalam.

Katanya terma "kerajaan perpaduan" adalah tidak betul kerana hanya sebilangan pemimpin PAS sahaja yang ingin mengadakan perbincangan dengan Umno.

"Ia bukan satu kerajaan, istilah itu bukan mengenai kerajaan perpaduan. Sebenarnya ia hanya mengenai perbincangan dan bukan perbincangan perpaduan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan