Kerajaan perpaduan: Mustapa kecewa ditentang sebelum dibincang

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin PAS yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan.

Beliau berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan untuk dibincangkan dan dengan itu adalah tidak wajar bagi pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya.

Pada peringkat ini belum ada pertemuan secara rasmi antara Umno dan PAS berhubung cadangan itu, katanya dan menegaskan tiada salahnya keduadua parti mengadakan perbincangan demi kepentingan bersama.

"Kami amat kecewa (dengan tindakan) beberapa anggota (dan pemimpin) PAS. Apa salahnya duduk semeja dan membincangkan cadangan itu," kata Mustapa kepada pemberita semasa ditanya mengenai bantahan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin PAS terhadap pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS Ke-55 baru-baru ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum itu merasmikan sukan antara agensi kementerian itu di Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu PAS melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri juga berkata, Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan