Kayveas: PPP kemuka calon ganti Murugiah Rabu depan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) akan mengemukakan nama calon pengganti dalam Kabinet selepas mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu Rabu depan, kata Presidennya, Datuk M. Kayveas.

Kayveas berkata, calon tunggal itu yang akan menggantikan Senator Datuk T. Murugiah, yang dipecat oleh beliau bulan lalu, akan terdiri daripada kalangan lima Naib Presiden.

"Hanya satu nama yang akan dikemukakan... daripada kalangan (ketua-ketua negeri) yang ada di sini (yang hadiri mesyuarat hari ini) sekarang," katanya.

PPP mempunyai lima Naib Presiden termasuk dua yang dilantik.

Bagaimanapun satu kerusi lantikan belum diisi dan ia akan disempurnakan minggu depan.

Justeru, empat Naib Presiden itu buat masa sekarang ialah Dr. K. Sivakumar, Datuk Chiw Tiang Chai, Datuk Maglin D'Cruz dan Datuk Loga Bala Mohan (dilantik).

"Kali ini saya mahu bersikap terbuka dan telus dalam memilih calon yang sesuai.... saya tidak mahu calon yang dilantik menerusi pintu belakang, saya akan mengadakan perbincangan dengan mereka (Naib-naib Presiden) dan akan mendapatkan pandangan mereka," kata beliau sebelum mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi-pengerusi perhubungan negeri PPP petang ini.

"Mesyuarat Majlis Tertinggi akan berakhir menjelang tengah hari dan sebelum 4 petang (Rabu depan), nama akan dihantar kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan," kata beliau apabila ditanya sama ada nama itu akan dihantar awal bulan depan.

Sebelum ini PPP diwakili oleh Murugiah dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri.

Beliau kini merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ekoran krisis dalaman parti itu, Murugiah telah dipecat daripada PPP bulan lalu.

Krisis itu membawa kepada 'pemilihan' Murugiah sebagai Presiden oleh kalangan ahli yang membantah kepimpinan Kayveas.

Isu kesahihan status PPP kini diperhalusi oleh Pendaftar Pertubuhan.

Ketika ditanya tentang kriteria bakal calon pengganti, Kayveas memberitahu:

"(Calon harus terdiri daripada mereka yang) tidak bertindak seperti mereka yang telah dipecat dari parti," kata beliau yang merujuk kepada Murugiah.

"Parti (PPP) yang memberikan beliau platform, tapi dia mahu bunuh parti... platform yang beliau berdiri sekarang (sebagai Timbalan Menteri) adalah platform yang diberikan oleh parti," ujar Kayveas.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk membuat keputusan akhir.

"Kalau Perdana Menteri hendak simpan beliau (Murugiah), itu terserah kepada Perdana Menteri," kata beliau sambil menambah, "orang yang buat kepada parti (didakwa cuba membatalkan pendaftaran PPP) akan melakukan (perkara) yang sama kepada BN (satu hari nanti kelak)."

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan