Tiada arahan larang penyokong kerajaan perpaduan di ceramah politik PAS

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: PAS Kelantan belum membincangkan cadangan melarang mana-mana pemimpinnya yang menyokong idea pembentukan kerajaan perpaduan menyampaikan ceramah dalam�kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata cadangan itu adalah berbentuk peribadi dan bukan mewakili semua penyokong parti.

"Oleh itu,� cadangan supaya mana-mana pemimpin PAS yang meyokong cadangan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilarang daripada menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil DUN itu tidak berbangkit," katanya.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Presiden Kelab Penyokong PAS Kelantan, Yap Kok Seng baru-baru ini supaya pemimpin parti itu yang menyokong idea pembentukan kerajaan pakatan dilarang menyampaikan�ceramah politik dalam kempen pilihan raya DUN Manik Urai, 14 Julai depan.

Menurut Yap, kelab itu menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Abdul Hadi itu. ARU

Mohd Amar berkata, PAS tidak mudah mendengar dan menerima pandangan daripada segelintir anggota yang tidak berpuas hati atas sesuatu perkara demi kepentingan anggota keseluruhan.

"Sebaliknya kita (PAS) mendengar sesuatu saranan dan suara anggota terbanyak melalui perbincangan secara berjemaah. Jadi, persoalan itu setakat ini tidak berbangkit lagi kerana tidak dibincangkan secara rasmi," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor.

Menurutnnya,�PAS boleh menggunakan pendekatan lain walaupun tidak melarang mereka berceramah iaitu dengan menasihatinya supaya tidak menyentuh isu berkenaan dalam ceramah mereka.

Ditanya mengenai usaha menyelesaikan kemelut PAS di kalangan pucuk pimpinan parti itu berhubung idea pembentukan kerajaan perpaduant, Mohd Amar berkata pertemuan antara Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa akan diadakan dalam masa terdekat ini kerana ketika ini Hadi masih berada di luar negara.

Sementara itu, Nik Aziz yang juga juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah agama di Dataran Ilmu di sini, pagi ini enggan mengulas mengenai isu itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan