PKR tidak bantah perbincangan demi kepentingan negara

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata parti itu tidak membantah mana-mana parti politik termasuk PAS mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun demi kepentingan negara.

"Saya tidak fikir sebarang parti dihalang daripada membincangkan dengan mana-mana pihak tetapi kerajaan perpaduan adalah isu berlainan sama sekali.

"Kami adalah dalam Pakatan (Rakyat), jadi kami semua komited kepada Pakatan," katanya kepada pemberita ketika ditanya pendirian parti itu terhadap idea kerajaan perpaduan.

Dr Wan Azizah menghadiri sebuah majlis menyambut ulang tahun kelahiran pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi ke-64 anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, di sini.

Katanya terma "kerajaan perpaduan" adalah tidak betul kerana hanya sebilangan pemimpin PAS sahaja yang ingin mengadakan perbincangan dengan Umno.

"Ia bukan satu kerajaan, istilah itu bukan mengenai kerajaan perpaduan. Sebenarnya ia hanya mengenai perbincangan dan bukan perbincangan perpaduan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan