Pinda perlembagaan: Umno mula temui akar umbi

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno yang bermesyuarat kali pertama hari ini menggerakkan langkah mengumpul input akar umbi pelbagai peringkat sebelum akhir Ogos ini.

Selepas maklumat mengenai pindaan itu diperoleh dari setiap negeri, satu bengkel khas akan diadakan sebelum dibawa ke Perhimpunan Agung Khas yang dijadual berlangsung pertengahan Oktober ini.

"Kita sedang mengumpul maklumat berhubung pindaan tersebut melalui mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian.

"Kita perlu beri peluang kepada ahli kerana Umno ialah parti mereka," kata Pengerusi jawatankuasa induk berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Antara pindaan yang bakal diberi perhatian ialah sistem kuota, yuran, tambah jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli diperingkat akar umbi.

"Kita sedang mengumpul maklumat berhubung pindaan tersebut melalui mesyuarat peringkat cawangan dan bahagian.

"Kita perlu beri peluang kepada ahli kerana Umno ialah parti mereka," katanya pada sidang media di sini.

Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan dianggotai oleh 23 orang ahli yang terdiri daripada wakil ketiga-tiga sayap parti, wakil setiap negeri dan ahli yang dilantik.

Hishammuddin berkata, semua maklumat mengenai cadangan dan pandangan berkaitan pindaan perlembagaan itu akan diperoleh selewat-lewatnya 16 Ogos selepas mesyuarat peringkat bahagian berakhir.

"Kita akan libatkan seramai mungkin ahli untuk menentukan perkara apa yang ingin dipinda.

"Sebab itu dalam jawatankuasa induk ini kita ada wakil-wakil dari setiap negari kerana mereka akan balik ke negeri masing-masing untuk kumpul maklumat," katanya.

Ditanya mengenai peratusan ahli yang akan dilibatkan dalam proses pemilihan parti, Naib Presiden Umno itu berkata perkara itu bergantung kepada logistik dan kaedah yang ingin digunakan.

"Mungkin melalui jawatankausa induk ini akan mencadangkan beberapa opsyen kepada Majlis Tertinggi (MT), contohnya kalau kita nak beri lebih suara kepada bahagian menetukan, jumlah ahli yang terlibat adalah 10,000... lebih daripada 2,000 yang ada sekarang.

"Tapi kalau nak beri suara kepada ahli jumlahnya ialah 2.3 juta, jadi sama ada ia realistik atau dapat dilakukan di peringkat akar umbi... jawatankuasa teknikal akan melihatnya dan beri pandangan kepada kita (jawatankuasa induk)," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan