Pendidikan negara disanjung negara anggota Komanwel - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan Malaysia dalam memajukan bidang pendidikan di negara ini sehingga mendahului sesetengah negara Komanwel mendapat pujian daripada wakil negara yang menghadiri persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel (CCEM) ke17 yang berakhir di sini semalam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata mereka juga memuji Malaysia kerana telah berperanan secara aktif memberi sumbangan dalam menjayakan beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh negara anggota Komanwel termasuk membantu negara yang lebih kecil serta membangun.

Muhyiddin berkata sebagai contoh kerajaan telah menyumbangkan 500,000 pound sterling kepada Program Tabung Biasiswa Komanwel yang akan digunakan untuk membantu para pelajar dari negara miskin.

"Dalam persidangan ini pun banyak yang menyuarakan supaya janganlah di waktu mana kita berhadapan dengan krisis ekonomi ini, bajet pendidikan dipotong. Tetapi saya kata di Malaysia, kita tak potong (bajet pendidikan) malah kita tambah.

"Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memajukan bidang pendidikan begitu tinggi sekali. Jadi apaapa pun kita akan terus membantu dan saya akan mengadakan banyak perbincangan bilateral dengan beberapa buah negara dan mereka juga telah bersetuju bekerjasama dengan kita dalam soal pendidikan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Muhyiddin berkata Malaysia menganggap Komanwel sebagai satu pertubuhan yang penting bukan sahaja dalam soal pendidikan tetapi dalam banyak bidang lain di mana ketua-ketua negara berhimpun bagi membincangkan pelbagai isu bersama.

"Contohnya dalam soal pendidikan ini, saya dapati dalam perbincangan, perjumpaan dengan ramai menteri selain yang formal dalam persidangan, mereka telah menyatakan rasa kagum terhadap pencapaian kita dalam pendidikan dan mereka anggap Malaysia sudah agak jauh ke depan berbanding sesetengah negara anggota Komanwel yang lain," katanya.

Muhyiddin juga berkata sepanjang persidangan lima hari itu, mereka dilihat tertarik dengan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diguna pakai oleh sekolah di Malaysia bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

"Mereka amat tertarik dengan penggunaan ICT yang meluas di sekolahsekolah di seluruh Malaysia. Mereka juga memohon bagaimana caranya untuk menggunakan teknologi sistem ICT yang kita guna pakai," katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan pernyataan rasmi CCEM 17 "Kuala Lumpur Communique" yang merumuskan beberapa perkara antaranya menyentuh soal penambahbaikan pendidikan awal kanak-kanak, memperluaskan pencapaian pembangunan kemahiran dalam pendidikan tinggi, meningkatkan kualiti profesionalisme para guru dan penerapan amalan baik dalam pentadbiran pendidikan.

Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat Komanwel, Ransford Smith pula berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan persidangan.

"Saya terharu dengan sokongan dan layanan baik pihak penganjur. Ia berjaya dan dapat dicontohi oleh negara Komanwel yang lain," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan