Nik Aziz temui pemimpin tertinggi PAS bincang kerajaan perpaduan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU Isu kerajaan perpaduan yang hangat dalam Pas ketika ini sehingga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan jika mahu meneruskan agenda itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas parti itu tidak lama lagi.

Nik Aziz berkata selaku Mursyidul Am Pas, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur dan mempengerusikan mesyuarat yang hanya akan dihadiri pemimpin tertinggi Pas termasuk Nasharudin.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin Pas lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini. Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut kenyataannya semalam yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan, Nik Aziz berkata beliau belum dihubungi Nasharudin.

Ketika ditanya mengenai kerajaan perpaduan mengikut kehendaknya, Nik Aziz berkata gabungan pakatan pembangkang ketika ini adalah yang sebenarnya kerajaan perpaduan.

"Kenapa perlu nak cari yang lain (kerajaan perpaduan)? Kelebihan gabungan Pakatan Rakyat telah menghilangkan "Islam phobia" oleh bangsa lain seperti Cina dan sebagainya dan inilah dianya kerajaan perpaduan," katanya.

Pada mesyuarat hari ini, semua penyandang jawatan parti dalam Pas Kelantan masih dikekalkan kecuali jawatan setiausaha yang kini dipegang Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Zaki Ibrahim, menggantikan Datuk Takiyuddin Hassan.

"Hari ini adalah mesyuarat yang pertama penggal baru dan saya masih memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Kelantan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan