Kumpulan sokong Nik Aziz adalah suara minoriti - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata kumpulan yang menyokong Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menentang usaha perpaduan antara parti itu dan Umno adalah suara minoriti rakyat negara ini dan tidak perlu diberi perhatian.

Beliau berkata suara majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum inginkan perpaduan dan inginkan politik yang lebih stabil, aman dan tenteram pada masa depan.

Suara minoriti itu tidak perlu diberi perhatian kerana ini akan menyebabkan usaha yang lebih besar dan mulia gagal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pidato Pergerakan Pemuda Umno di Tanjung Bidara di sini, hari ini.

Idea bagi penubuhan kerajaan perpaduan dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mendapat tentangan keras daripada Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Ahmad berkata sebagaimana yang disebut Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Umno menerima dengan terbuka pandangan penubuhan kerajaan perpaduan untuk diperincikan lagi oleh pimpinan PAS dan untuk dibincangkan oleh pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Beliau berkata perkara ini adalah perkara besar dan rakyat pada keseluruhannya tanpa mengira parti menunggu untuk melihat hasilnya kerana perpaduan di kalangan pimpinan parti politik terutama Umno dan PAS bukan hanya menguntungkan orang Melayu tetapi juga memberi faedah kepada kaum lain.

"Rakyat Malaysia ini dua pertiga adalah bumiputera manakala satu pertiga lagi adalah Cina, India dan kaum lain.

"Perpaduan di kalangan pucuk pimpinan dan perpaduan dua parti khasnya PAS dan Umno bukan hanya menguntungkan dua pertiga penduduk Malaysia bumiputera Melayu Islam tetapi juga membawa kesan positif kepada satu pertiga penduduk bukan Melayu," katanya.

Beliau berkata ini sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri serta sesuai dengan konsep "Rakyat Didahulukan" kerana rakyat sudah muak berpecah belah dan inginkan perpaduan, kemakmuran dan kedamaian.

"Kalau semuanya aman sejahtera akhirnya kita boleh tumpu kepada perkara yang jauh lebih penting iaitu untuk memakmurkan rakyat dan negara, tujuan murni memakmurkan rakyat dan negara ini jauh lebih penting daripada pertikaian kepartian ini," katanya.

Ahmad berkata rakyat Malaysia bukan sahaja bersaing sesama mereka di dalam negara ini tetapi perlu bersaing di pentas dunia.

"Sekiranya kita asyik berbalah antara satu sama lain, sesama rakyat dalam negara ini, kita melupakan adanya persaingan yang jauh lebih penting iaitu survival kita sebagai sebuah negara dengan banyak lagi negara di dunia ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan