Guru cacat penglihatan terima anugerah guru cemerlang

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Cacat penglihatan bukan penghalang bagi seorang guru untuk menjadi pendidik cemerlang, sebaliknya ini membolehkannya lebih memahami pelajar-pelajar yang senasib dengannya.

Teow Cheng Poo, 49, guru Pendidikan Khas di SMK (P) St George, Pulau Pinang sudah sembilan tahun mengabdikan diri sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar cacat penglihatan sepertinya di sekolah berkenaan.

"Saya tidak pernah merasakan bahawa ianya sebagai satu beban untuk mengajar walaupun saya mempunyai masalah penglihatan dan menggunakan sistem braille dalam kelas," kata guru perempuan ini ketika dihubungi selepas menerima Anugerah Guru Cemerlang sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di sini, semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Mutiara Politeknik Seberang Perai.

Teow, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, mengajar mata pelajaran Ekonomi, Bahasa Inggeris dan Sejarah untuk pelajarpelajat Tingkatan Satu hingga Enam di sekolah berkenaan dan tidak pernah merasa terbeban dengan subjek yang sukar itu.

Selain mengajar pelajar cacat penglihatan, beliau juga mengajar kelas bimbingan untuk pelajar normal di luar waktu sekolah dan mendapat bantuan daripada rakanrakan normal untuk memeriksa buku latihan mereka.

"Sekarang, dengan adanya teknologi canggih, sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan kami banyak mengaplikasi sistem pendidikan melalui komputer yang mempunyai suara," katanya.

Beliau berkata, anugerah yang diterimanya itu akan menjadi pendorong untuk beliau lebih berusaha memperbaiki prestasi perkhidmatannya.

Selain anugerah guru cemerlang, majlis semalam juga mengangkat tiga pendidik di Pulau Pinang sebagai Tokoh Guru Negeri dan mereka ialah pesara guru, Datuk Chuang Keng Kung, 71; Nora L. Isa, 58; dan K.Mohan, 64.

Chuang, yang pernah menjadi guru kanan pentadbiran di SJK (C) Kong Min Cawangan 2 berkata, kerjaya sebagai guru memang tidak dapat menjamin kekayaan tetapi ia memberikan kepuasan apabila murid-murid yang dididik berjaya dalam pelajaran dan bidang yang mereka ceburi.

Menurutnya, penglibatan beliau dalam bidang perguruan didorong oleh bapanya yang menganggap kerjaya guru itu adalah sesuatu yang mulia dan kerana itu tujuh daripada 12 adik beradiknya berkecimpung dalam bidang berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan