Cuti wajib sehari dimasukkan dalam kontrak pembantu rumah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam mencadangkan cuti sehari dalam seminggu yang diwajibkan kepada pembantu rumah hendaklah dimasukkan dalam kontrak pekerjaan individu.

Presidennya K. Ragunath berkata ini merupakan peruntukan tambahan dalam Akta Pekerjaan yang dicadangkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk dipinda bagi memberikan pembantu rumah cuti sehari seminggu yang wajib.

Ini merupakan satu langkah untuk memelihara hak beratus ribu pembantu rumah yang terdedah dengan penderaan yang serius dan ekploitasi buruh kerana mereka diberikan sedikit sahaja perlindungan di bawah Akta Pekerjaan.

"Adalah penting cadangan ini dilaksanakan dengan meminda Akta Pekerjaan bagi menguatkuasakan peruntukan ini kerana memberikan satu tanggungjawab statutori yang akan membolehkan kementerian itu menguatkuasakan peruntukan dan mendakwa mereka yang melanggarinya," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata beberapa terma dalam Akta Pekerjaaan tidak boleh dilaksanakan kepada pembantu rumah dan tempoh masa mereka dipaksa bekerja.

"Cadangan kementerian ini membolehknnya diaplikasikan kepada semua pembantu rumah baik tempatan dan asing", tambah beliau.

Beliau berkata pembantu rumah adalah manusia biasa dan hendaklah menerima manfaat dan hak yang sama seperti pekerja lain tanpa diskriminasi.

Dengan memberikan cuti sehari seminggu yang wajib, "Kita memegang hak mereka sebagai pekerja dan membantu mengurangkan kes penderaan yang sering berlaku kerana mereka terasing daripada mereka yang boleh membantunya", katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan