Curi, pecah rumah: Anak Raja Petra tukar pengakuan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Azman Raja Petra hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah, di Mahkamah Majistret Shah Alam.Foto THE STAR Oleh: AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.
Raja Azman Raja Petra hari ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah, di Mahkamah Majistret Shah Alam.Foto THE STAR Oleh: AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.

SHAH ALAM: Anak kedua editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin hari ini menukar pengakuan - kepada tidak bersalah berhubung empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

Majistret Norkamilah Aziz menetapkan 14 hingga 16 September ini untuk mendengar kes terhadap Raja Azman Raja Petra, 33.

Sepanjang berada di mahkamah, Raja Azman kelihatan ceria meskipun tiada seorang ahli keluarganya hadir.

Dengan tangan bergari, tertuduh tiba di mahkamah pada pukul 9.30 pagi. Dia memakai baju kemeja T berbelang hijau merah.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, Raja Azman mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia diwakili peguam J. Chandra dan Amarjit Singh Sidhu sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syakimah Ibrahim.

Pada 19 Mei lalu, Raja Azman mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan mencuri dan memiliki harta curi.

Dia didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ milik Mohd Syaiful Setapa, 24, seorang operator pengeluaran, membabitkan kerugian RM8,000 di No 65, Jalan Batas 2, 19/6b, Seksyen 19 di sini, pada 9.30 pagi 20 Mac lalu.

Tertuduh yang ditangkap pada 6 Mei lalu juga mengaku memecah masuk ke dalam rumah Mohd Syaiful dan mencuri beg duit mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM20, cukai jalan, kad ATM Maybank dan BSN serta lesen memandu Mohd Syaiful di alamat, masa dan tarikh yang sama.

Raja Azman juga mengaku mencuri telefon bimbit dan seutas jam tangan bernilai RM3,850 milik seorang pelajar, Saipul Adli Mohamed Yunus, 21, di rumah mangsa di No 16, Jalan Sastera, U2/1K Seksyen U2 di sini, pada 10 pagi 24 April lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pada ketika itu turut mengaku bersalah memiliki sebuah motosikal curi kepunyaan seorang pelajar, Ahmad Firdaus Jalaluddin, 23, bernilai RM6,000 di depan rumah No 3, Tingkat 1, Blok 1, Apartmen Kinrara Court, Puchong pada 10.40 malam 5 Mei lalu.

Majistret Norkamilah Aziz mengenakan ikat jamin RM10,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan itu.

Bagaimanapun sehingga pukul 10.50 pagi tadi, tiada sesiapa yang menjamin Raja Azman manakala bapanya tidak kelihatan.

Tertuduh kemudian dihantar ke Penjara Sungai Buloh.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan