10 MP PAS tolak kerajaan perpaduan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPULUH Ahli Parlimen PAS mengeluarkan satu kenyataan menyokong pendirian parti itu menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Mereka turut menyokong pendirian tegas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam menolak konsep kerajaan perpaduan Umno-PAS sambil menambah, Nik Aziz seringkali konsisten dalam isu itu.
SEPULUH Ahli Parlimen PAS mengeluarkan satu kenyataan menyokong pendirian parti itu menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Mereka turut menyokong pendirian tegas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam menolak konsep kerajaan perpaduan Umno-PAS sambil menambah, Nik Aziz seringkali konsisten dalam isu itu.

KUALA LUMPUR: Sepuluh Ahli Parlimen PAS hari ini mengeluarkan satu kenyataan menyokong pendirian parti itu menolak cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata, mereka mengambil keputusan untuk mengeluarkan kenyataan yang ditandatangan itu bagi menyatakan yang PAS tidak pernah menyokong kerajaan perpaduan.

"Pendirian telah dinyatakan dalam muktamar parti di Ipoh tahun lalu.

"Kami bersetuju PAS perlu mengukuhkan hubungannya dengan komponen Pakatan Rakyat dan kami menolak kerjasama dengan Umno," katanya.

Selain Dr Hatta, Ahli-ahli Parlimen lain yang menandatangani kenyataan itu adalah Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Dr Hatta berkata, mereka turut menyokong pendirian tegas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam menolak konsep kerajaan perpaduan Umno-PAS sambil menambah, Nik Aziz seringkali konsisten dalam isu itu.

Ditanya mengenai nama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang tidak tersenarai dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, Dr Hatta berkata, Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok tidak dapat dihubungi.

Nasharuddin tidak hadir pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Kenyataan ini tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi ia adalah untuk menekankan pendirian parti berhubung isu kerajaan perpaduan.

Ditanya sama ada PAS juga menolak perbincangan perpaduan dengan Umno, Dr Hatta berkata, pemimpin Umno dan PAS masih boleh berbincang sesama mereka seperti adik beradik.

"Ia masih boleh dilihat sebagai satu ikatan, berjumpa pemimpin Umno di Parlimen juga adalah satu ikatan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan