Sultan Johor tidak setuju pembinaan jambatan ketiga

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Iskandar tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur.

Titah Sultan Iskandar itu disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail semasa berucap mewakili ayahandanya pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya di sini hari ini. "Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Terdahulu, Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak barubaru ini mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga bersama Malaysia apabila hasrat itu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya.

Dalam titah yang disampaikan menerusi Tunku Mahkota itu juga, Sultan Iskandar menasihatkan rakyat supaya menyambut langkah kerajaan untuk membina ekonomi yang maju.

"Sungguhpun ada masalah ekonomi pada masa kini, namun rakyat perlu yakin bahawa ekonomi negeri Johor ada asas-asas yang kuat," titah baginda. Baginda turut meminta rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan supaya keadaan terus aman dan damai. "Perpaduan antara rakayt mesti dijaga supaya semua rakyat dapat hidup bahagia. Kita hendaklah muafakat kerana muafakat itu berkat," titah baginda. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan