Najib minta wakil BN Sarawak tunaikan janji kepada rakyat

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Semua wakil rakyat Barisan Nasional di Sarawak telah diingatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memenuhi segala janji kepada rakyat sejajar dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh beliau.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata bahawa dalam pertemuan satu jam dengan pemimpinpemimpin dan wakil rakyat BN Sarawak di sini hari ini, Perdana Menteri juga memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat di Sarawak.

"Pesanan utama beliau ialah agar kita turun padang menemui rakyat kerana kerajaan BN adalah sebuah kerajaan untuk rakyat," kata Chan kepada pemberita selepas pertemuan itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak, Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak Datuk William Mawan, dan Presiden Parti Rakyat Saraak Datuk Seri Dr James Masing.

Najib, yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Sarawak, kemudian berlepas dengan helikopter untuk satu sesi berjumpa rakyat di Nanga San di Batang Ai.

Chan berkata bahawa sebagai tindakan susulan kepada perkaraperkara yang dibangkitkan pada pertemuan dengan Perdana Menteri itu, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah kesesakan khususnya di Hospital Umum Sarawak dan berhubung jaminan kerajaan pusat untuk memberi keutamaan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk negeri itu.

Katanya satu daripada penyelesaian kepada masalah kesesakan itu ialah dengan kerajaan pusat mengambil alih Sarawak International Medical Centre (SIMC) yang baru dibuka di Kota Samarahan dekat sini.

Mawan pula berkata SPDP akur dengan saranan Perdana Menteri dan akan menggandakan usaha dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Kita diberitahu supaya turun ke padang dan itu bukannya sesuatu yang baru. Tetapi apabila kita diingatkan sekali lagi, maka kita perlu berusaha lebih keras lagi," katanya.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Perdana Menteri mahu supaya Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri BN di negeri itu supaya sentiasa memberi tumpuan kepada isuisu melibatkan rakyat.

"Semua orang tahu bahawa kita akan adakan pilihan raya negeri dan penggal kita akan tamat, jadi kita harus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dengan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Timbalan Ketua Wanita PBB Datin Fatimah Abdullah berkata wakilwakil rakyat BN diminta memberi tumpuan kepada usaha memenangi pilihan raya negeri pada 2011 nanti kerana ia penting sebagai persediaan kepada pilihan raya ke13 kelak.

"Ia akan bermula di Sarawak, dan oleh itu, kita harus bersatu dalam memastikan bahtera kita ini sampai ke destinasinya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan