Kerajaan luluskan 338 permohonan bekas anggota PKM pulang

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan 338 permohonan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) untuk pulang ke negara ini sejak perjanjian tahun 1989.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, proses kepulangan mereka adalah berdasarkan tawaran 'one-off' di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan antara kerajaan dan PKM yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

"Sepanjang tempoh tawaran itu, seramai 431 anggota komunis telah memohon untuk pulang ke negara ini dan daripada jumlah itu, 338 permohonan telah diluluskan setelah mereka mematuhi syarat-syarat yang dikenakan dalam perjanjian.

"Permohonan seramai 93 anggota komunis telah ditolak atas pelbagai sebab termasuk gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan masalah dari segi status kewarganegaraan.

"Daripada jumlah itu, terdapat juga permohonan yang ditarik balik atas kehendak pemohon sendiri," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang meminta kerajaan menyenaraikan nama bekas anggota komunis yang dibenarkan pulang ke tanah air serta kriteria yang ditetapkan untuk tujuan itu.

Hishammuddin berkata, kerajaan tidak akan mendedahkan nama-nama bekas anggota komunis itu bagi mengelakkan sebarang kejadian yang memudaratkan mereka dan keselamatan negara berikutan kekejaman yang dilakukan komunis.

"Atas faktor yang sama juga, proses kepulangan mereka tidak akan diberikan sebarang publisiti," katanya.

Beliau berkata, di bawah perjanjian yang dimeterai itu, ahli-ahli PKM yang berhasrat pulang ke tanah air perlu memenuhi tiga syarat yang ditetapkan iaitu memaklumkan hasrat untuk kembali kepada pihak berkuasa dalam tempoh tidak lebih setahun daripada tarikh perjanjian, mengemukakan butir-butir berkaitan pemohon dan menjalani proses temu duga serta dokumentasi.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan