Influenza A H1N1: Pelawat wajib isytihar status kesihatan

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewartakan borang pengisytiharan kesihatan untuk diisi oleh pelawat-pelawat dan warganegara yang pulang ke tanah air di semua pintu masuk ke negara ini bermula minggu depan.

Langkah itu adalah 10 langkah yang diumumkan kerajaan dalam memerangi penularan wabak influenza A (H1N1) di negara ini.

Ia diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik Influenza A (H1N1) 2009 di Parlimen, hari ini.

Muhyiddin berkata, kegagalan mengisi borang pengisytiharan kesihatan itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh menyebabkan seseorang itu dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Pengisian borang ini sudah pun dimulakan beberapa bulan lalu namun ia bukan mandatori.

"Kita telah bersetuju ia diwartakan minggu hadapan, bermakna semua pelawat dari luar negara atau warganegara yang pulang wajib mengisi borang ini sama ada di pintu-pintu masuk atau dalam penerbangan. Ia akan dicetak dalam beberapa bahasa," katanya.

Sementara itu, sembilan langkah lain yang digariskan adalah:

1. Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan bagi penumpang di dalam kapal terbang dari negara yang mempunyai penularan yang tinggi dan berisiko untuk Malaysia seperti dari Amerika Syarikat, Melbourne dan Manila.

2. Penyediaan topeng muka oleh pihak operator pengangkutan untuk diberikan kepada penumpang yang bergejala influenza dan kontak (tiga tempat duduk belakang dan hadapan)

3. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada oleh pihak berkuasa tempatan untuk penjagaan kebersihan tandas awam.

4. Pelalian vaksin influenza bermusim untuk golongan berisiko.

5. Pihak pengurusan agensi dan kementerian yang menyediakan perkhidmatan utama perlu memastikan anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri untuk mengelak jangkitan.

6. Kempen media oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu diteruskan dan digiatkan untuk meningkatkan kesedaran awam.

7. Penjarakan sosial seperti tindakan menutup sekolah, institusi pengajian dan membatalkan majlis perjumpaan awam.

8. Menghadkan pelawat ke hospital iaitu dua pelawat bagi setiap pesakit pada satu masa dan larangan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk melawat pesakit.

9. Saringan suhu badan di hospital kerajaan dan swasta.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, penjarakan sosial akan dilakukan sekiranya berlaku jangkitan wabak H1N1 di sesuatu tempat bagi menyekat penularan.

"Bagi langkah ini, pihak jawatankuasa akan memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara dan Majlis yang akan putuskan (penjarakan sosial), bukan mandat sekolah atau jabatan untuk memutuskannya sendiri," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan wabak ini tidak terus menular di negara ini.

"Dari segi pelancongan, maklumat akan disampaikan kepada semua kedutaan kita supaya semua pelawat yang datang ke negara ini mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut peraturan yang kita gariskan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan