Gapena sokong jika BI jadi syarat lulus SPM dengan syarat PPSMI dimansuhkan

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi ianya bersyarat, kata Setiausaha Satu Gapena Prof Datuk Dr Zainal Abidin Borhan.

Katanya syaratsyarat tersebut perlu dipatuhi sebelum kerajaan meluluskan usul berkenaan bagi mengelak situasi yang sama seperti isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang banyak menimbulkan masalah terutama kepada pelajar luar bandar.

"Kita meletakkan syarat supaya pada kali ini kerajaan tidak tergopoh-gapah untuk melaksanakan usul ini sebagaimana yang terjadi semasa PPMSI dilaksanakan dahulu dan jika kerajaan menolak syarat tersebut kami akan tentang usul ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, antara syarat itu ialah Gapena mahu kerajaan memansuhkan PPSMI, mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pembelajaran serta memastikan tenaga pengajar Bahasa Inggeris terlatih mencukupi serta bersedia berkhidmat di luar bandar.

"Kerajaan juga perlu memastikan prasarana dan alat bantuan mengajar bagi pelaksanaan usul ini mencukupi khususnya untuk sekolah di kawasan luar bandar, membatalkan syarat lulus MUET untuk memasuki Pusat Pengajian Tinggi dan memasukkan mata pelajaran kesusasteraan Melayu dan Sejarah dalam kurikulum sekolah," kata Zainal Abidin.

"Apa yang kami bimbang, pelajar luar bandar tidak mendapat kemudahan yang sama sperti pelajar di bandar kerana wujud trend sebilangan guru yang tidak mahu berkhidmat di luar bandar seperti di pedalaman atau perkampungan masyarakat Orang Asli."

Beliau menyokong cadangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya guru-guru yang telah bersara diambil semula untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan