Dewan tolak usul PAS bincang konflik selatan Thai

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan konflik selatan Thai yang dibawa oleh Mohd. Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika memutuskan penolakan itu berkata, walaupun isu berkenaan adalah perkara tertentu dan berkepentingan awam, ia bukan sesuatu yang perlu disegerakan.

Pandikar berkata, sebagai negara jiran yang bersempadan dengan Thailand, Malaysia sentiasa bekerjasama dan mengambil langkah berterusan untuk membantu menyelesaikan masalah di selatan negara itu.

"Dengan yang demikian saya berpuas hati bahawa usul ini tidak perlu untuk disegerakan. Oleh itu, saya menolak usul ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2)," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohd. Nasir ketika membentangkan usul itu mencadangkan supaya Malaysia mengambil inisiatif memanggil satu sidang khas ASEAN dengan segera bagi membincangkan pergolakan berkenaan.

Beliau berkata, Malaysia juga perlu mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengiktirafnya sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan masalah selatan Thailand.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan