BN tetap letak calon di Manek Urai - Najib

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAMARAHAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini kerana isu kerajaan perpaduan dan pilihan raya kecil di Kelantan itu adalah berbeza dan memerlukan penyelesaian tersendiri.

Najib yang juga Presiden UMNO dan BN berkata, ini memandangkan perkara pembentukan kerajaan perpaduan dengan PAS masih belum memasuki peringkat perbincangan lagi.

"Belum ada perbincangan mengenai perkara ini (kerajaan perpaduan), kita terpaksa melalui proses pilihan raya (Manek Urai)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin,Serian di sini hari ini.

Semalam, Pas Kelantan telah meminta UMNO supaya tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu sekiranya benarbenar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dipetik sebagai berkata, UMNO tidak akan 'bergaduh' dengan Pas dalam pilihan raya kecil itu sekiranya mereka benarbenar mendokong cadangan tersebut. Mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan Anggota Parlimen Bachok jika terus menyokong idea penubuhan kerajaan perpaduan, Najib menyifatkan ia sebagai tindakan yang menghairankan.

"Saya tak tahu apa disebalik kenyataan Nik Aziz, pada kita sesuatu yang mendatangkan kebaikan adalah sesuatu yang harus diusahakan oleh kita," katanya.

Nik Aziz dipetik sebagai berkata, tindakan Nasharuddin boleh mencetuskan kecelaruan dalam parti.

Mengenai perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pagi ini, beliau berkata, ia melibatkan penerangan mengenai perbelanjaan terkini yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama dan kedua.

Beliau berkata, kerajaan pusat akan bersedia mempertimbang keperluan Sarawak berdasarkan maklumbalas dari pemimpin BN terbabit.

Beliau berkata, lawatan dua hari ke Sarawak bermula semalam telah memberi kepuasan tersendiri kerana ia mencerminkan konsep 1Malaysia.

Najib berkata lawatan ke kampung serta rumah panjang pelbagai etnik mampu memberi pemahaman mendalam rakyat mengenai konsep 1Malaysia.

Terdahulu di dalam ucapan, Najib mengumumkan peruntukan RM1.35 juta untuk pembinaaan Awah Tun Abdul Razak kepada penduduk majoriti masyarakat Bidayuh di Kampung Pichin.

Beliau berkata, lawatan ke Kampung Pichin adalah permintaan peribadi beliau kepada kerajaan negeri setelah mengetahui ayahandanya pernah melawat kampung tersebut 43 tahun lalu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan projek bekalan air.

Najib memberi jaminan kerajaan pusat akan memberi sokongan kepada masyarakat Bidayuh di Sarawak yang sentiasa setia dengan kerajaan BN sejak dahulu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan