Sikap keterlaluan Nizar wajar dinilai rakyat - Zambry

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Tindakan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat, Isnin lepas wajar dinilai sendiri oleh rakyat Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan anggota Parlimen Bukit Gantang itu adalah satu persatu sahaja daripada tingkah laku sebenar yang ditunjukkan Mohammad Nizar terutama semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lepas.

"Banyak pihak menghubungi saya bertanya dan menyatakan rasa terkejut mereka dengan sikap dan kelakuan (Mohammad) Nizar pada majlis itu dan mahu mengetahui sikap sebenar (Mohammad) Nizar.

"Jawapan saya kepada mereka mudah...Perangai dia (Mohammad Nizar) di Dewan Rakyat itu hanya satu peratus saja, itu pun orang ramai sudah terkejut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Kampar, di sini hari ini.

Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya. Beliau juga melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" (Perak) sebaik mengangkat sumpah.

Zambry berkata beliau bersimpati dengan pengundi di Bukit Gantang yang menyokong Mohammad Nizar pada pilihan raya kecil 7 April lepas kerana mereka sudah pasti meletakkan harapan agar wakil rakyat mereka melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.

"Ini tidak, belum apaapa lagi selepas menandatangani surat sebagai Ahli Parlimen terus buat perangai...jadi susahlah bagaimana dia nak laksanakan tugas dia sebagai Ahli Parlimen," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan