Penyeludupan Manusia: Malaysia akan minta penjelasan Kedutaan AS

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan meminta penjelasan daripada pihak Kedutaan Amerika Syarikat di sini berhubung tindakan negara itu memasukkan semula Malaysia dalam senarai negaranegara menyeludup manusia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan Malaysia dimasukkan semula dalam senarai itu. Malaysia dikeluarkan daripada senarai tersebut tahun lalu.

"Jika dulu tahun 2007, kita diletakkan pada tahap tiga...apabila akta anti pemerdagangan (Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007) diperkenalkan, status kita diturunkan kepada tahap dua.

"Hari ini ditingkatkan semula kepada (tahap) tiga, jadi, kita akan berjumpa dengan pihak Kedutaan Amerika Syarikat untuk mengenal pasti apa sebenarnya yang menjadi (punca) tuduhan dan dakwaan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jika pada tahun 2007, Malaysia melihatnya secara proaktif dan positif berhubung perkara itu, beliau yakin perkara yang sama akan dilakukan bagi menangani dakwaan itu.

Hishammuddin berkata demikian bagi mengulas laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Laporan Penyeludupan Manusia 2009 yang menganalisis usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuantujuan lain, telah menyenaraihitamkan Malaysia bersamasama 16 negara lagi.

"Malaysia menjadi destinasi, dan sekurangkurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanakkanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanakkanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini.

Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu.

Hishammuddin berkata wujud batasan daripada segi sempadan dan beliau berpendapat adalah tidak adil untuk membuat penghakiman terhadap sesuatu yang di luar kawalan.

"Jika ia berada dalam kawalan kita, kita akan lakukan apa yang terdaya untuk membanterasnya," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata minggu depan beliau akan turun padang ke kawasan yang dikategorikan mempunyai kadar jenayah tinggi bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Katanya melalui tinjauan itu juga kementerian berharap akan dapat mencari kaedah atau cara untuk menangani masalah jenayah.

"Masanya telah tiba untuk saya turun melihat keadaan. Jika sebelum ini, saya turun untuk melihat warga kita di Jabatan Penjara, polis, Jabatan Imigresen.

"Minggu depan saya akan turun padang di kawasan yang dianggap "hot spot" jenayah, seperti berjumpa dengan mangsa ah long," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata adalah salah untuk menuduh kerajaan Malaysia tidak berbuat sesuatu untuk membanteras masalah itu.

Beliau berkata kerajaan Malaysia malahan telah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk menangani masalah itu.

"Pihak berkuasa telah menahan sejumlah besar kemasukan haram melalui perairan Malaysia barubaru ini dan menjalin kerjasama rapat dengan negara jiran seperti Australia. Baru-baru ini, penasihat perdana menteri Australia datang untuk membincangkan isu bersama termasuk penyeludupan manusia," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga pengerusi Kaukus Persatuan Antara Parlimen Asean (AIPA) menyifatkan penyenaraian Malaysia dalam laporan itu sebagai alasan dan permainan politik sesetengah pihak.

Wan Junaidi berkata, pada mesyuarat AIPA pertama pada April lepas, Malaysia telah mencapai resolusi bersamasama dengan negara ASEAN yang lain untuk memfokuskan kepada mengharmonikan undang-undang penyeludupan manusia.

"Kita akan membawa resolusi ini pada mesyuarat AIPA Ogos depan di Thailand kerana ini adalah agenda yang amat penting untuk dibincangkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan