Kerajaan perpaduan: Perbincangan mesti libatkan PKR, DAP

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS meletakkan syarat baru dengan menegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, BN perlu faham konsep kerajaan perpaduan yang sebenar iaitu perlu melibatkan parti-parti politik utama."

Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat.

"Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menaruh keyakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Mustafa berkata, PAS tetap dengan pendirian mereka sebelum ini untuk terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"PAS menjadikan Islam sebagai dasar, oleh itu dalam Islam kita hormati perjanjian... PAS tidak akan mengkhianati kawan dalam perjanjian.

"Oleh yang demikian jika Najib cakap tentang kerajaan perpaduan, tak boleh hanya dengan PAS, tetapi perlu bersedia dengan PKR dan DAP juga... itu Najib dan BN perlu faham.

"Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN," katanya.

Mustafa juga menjelaskan isu perbincangan antara PAS dan Umno yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 sudah lama berakhir dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Soal PAS-Umno dan BN dah lama selesai... kali ini perlu sertai semua sekali (Pakatan Rakyat)," katanya.

Walau bagaimanapun Mustafa berkata, PAS sentiasa bersedia untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan BN jika melibatkan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk kepentingan rakyat.

Jelasnya perbincangan seumpama itu tidak perlu melibatkan rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Perbincangn adalah berbeza, kita boleh berbincang apa pun isu... walaupun tak disertai oleh PKR dan DAP.

"Kita boleh cakap untuk isu-isu kepentingan bersama... perlu bezakan antara perbincangan isu dan kerajaan perpaduan," katanya.

Tambah beliau, PAS juga mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan PKR dan DAP mengenai beberapa isu.

"Dalam Pakatan Rakyat pun kita ada perbezaan pendapat, contohnya isu untuk bawa balik bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng... PKR dan DAP setuju tapi PAS tak setuju.

"Kalau tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR) takkan kita nak bincang dengan DAP dan PKR, itu sikap masing-masing... PAS sedia bincang isu-isu nasional," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan