Jelaskan pendirian kerajaan perpaduan, kata Muhyiddin kepada pembangkang - Berita Semasa | mStar

Jelaskan pendirian kerajaan perpaduan, kata Muhyiddin kepada pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyatakan pendirian yang jelas mengenai penubuhan kerajaan perpaduan.

"Kita hendak tahu apakah pendirian mereka sebenarnya, kalau di kalangan mereka tidak sepakat, eloklah dirumuskan, jadi apabila minta respon dari Umno dan Barisan Nasional kita tiada halangan.

"Kita setuju nak berbincang, pendirian kita jelas tetapi mereka berubah-ubah kerana dia tidak tahu bagaimana hendak uruskan politik dalaman kerana ada pandangan berbezabeza," katanya kepada pemberita sebelum mengadakan pertemuan dengan perwakilan ke Persidangan Menteri Pelajaran Komanwel di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali yang mahu PKR dan DAP turut dilibatkan dalam perbincangan dengan Umno berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu.

Muhyiddin berkata Umno dan BN bersedia untuk berbincang mengenai cadangan itu tetapi penjelasan perlu dibuat oleh Pas terlebih dahulu mengenai kerajaan perpaduan.

"Kita hendak tahu bagaimana pendirian mereka, kita sedia bincang, apa pun dia kena jelaskan dahulu, eloklah kita dapat kepastian, baru (BN dan Umno) boleh respon," katanya.

Mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan, Muhyiddin berkata ia jelas menunjukkan parti itu tidak sepakat. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan