Brek tidak berfungsi dipercayai punca bas terbabas

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Seramai 26 orang termasuk seorang pemandu nyaris maut semalam apabila bas persiaran yang mereka naiki terbalik di Kilometer 4.7, Jalan Genting Highlands selepas kenderaan itu hilang kawalan ketika dalam perjalanan menuruni pusat peranginan Genting Highlands.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang, bas yang membawa pelancong dari Johor Bahru itu dikatakan melanggar sebuah kereta Proton Gen2 dan sebuah lagi kereta jenis Nissan sebelum terbabas ke bahu jalan dan terbalik.

Ekoran kemalangan itu, dua penumpang bas mengalami kecederaan parah manakala yang lain cedera ringan dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Pemandu kedua-dua kereta terbabit bagaimanapun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati bas itu menghadapi masalah brek ketika menuruni laluan berbukit menyebabkan ia terbabas dan melanggar penghadang jalan. Dua penumpang bas yang mengalami kecederaan parah ialah seorang lelaki berusi 49 tahun dikenali sebagai Lau, yang berasal dari Paloh, Johor, manakala seorang lagi penumpang kanak-kanak perempuan dipercayai warga Singapura berumur 13 tahun.

Lau mengalami pendarahan di kepala manakala budak perempuan itu patah tulang lengan manakala penumpang lain mengalami kecederaan ringan.

Rosli berkata polis telah mengambil keterangan daripada pemandu dan beberapa penumpang untuk membantu siasatan kes.

"Kita juga akan menghantar bas terbabit untuk pemeriksaan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam waktu terdekat ini bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Hinglands V. Raganathan berkata dua buah jentera bomba dan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapat laporan mengenai kemalangan itu. Dua buah jentera iaitu masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan satu jentera daripada Unit Bantuan Kebakaran Genting Highlands dengan 20 anggota terlibat memberikan bantuan menyelamat, katanya.

Pemandu bas itu, Raijaan Manan, 41, yang cedera ringan berkata ketika memulakan perjalanan bas terbabit tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan, bagaimanapun semasa menuruni kawasan berbukit secara tibatiba brek bas gagal berfungsi.

"Ketika melalui satu selekoh saya cuba memperlahankan bas itu tetapi brek tidak berfungsi. Masa itu saya lihat meter sudah tidak stabil dan bas mula hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik," katanya yang ditemui di HKL.

Raijaan berkata beliau baru setahun berkhidmat dengan syarikat berkenaan dan mempunyai pengalaman memandu bas selama 13 tahun.

Seorang lagi penumpang warga Singapura yang cedera ringan, Lim Shuk Wan, 31, berkata beliau datang ke Malaysia mengikuti percutian anjuran agensi pelancongan itu pada 14 Jun lepas.

"Hari ini sepatutnya kami balik ke Singapura menggunakan perkhidmatan yang disediakan agensi, bas yang kami naiki sebelum ini rosak. Pihak agensi kemudiannya menggantikan bas yang rosak itu dengan bas ini (bas terbabit kemalangan)," katanya.

Semasa menuruni laluan berbukit itu, Lim berkata beliau dapat merasakan bas berkenaan bergoyang kuat dan mendengar pemandu menjerit "bas tidak ada brek"! BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan