3 akta tangani isu agama dipinda - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga akta akan dipinda bagi menangani isu-isu berhubung tukar agama dan ia dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen yang bersidang sekarang.

Ketiga-tiga undang-undang tersebut ialah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 dan Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam.

Beliau berkata, draf mengenai pindaan tiga akta tersebut telah pun disediakan pada 2007 yang menyentuh hak jagaan anak, nafkah anak dan isteri serta pembahagian aset perkahwinan.

"Kerajaan memang sentiasa memandang serius isu pemelukan agama dan penubuhan suatu jawatankuasa kecil oleh jemaah menteri yang terdiri daripada beberapa menteri adalah bukti keseriusan kerajaan dalam menangani isu ini.

"Jawatankuasa kecil ini telah ditaklimatkan tentang cadangan pindaan kepada akta-akta berkenaan oleh Peguam Negara pada 5 Mei 2009," katanya ketika menggulung ucapan penangguhan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dalam ucapan penangguhannya mempersoalkan fungsi jawatankuasa kecil itu yang dikatakan masih belum melakukan sebarang tindakan berhubung isu pemelukan agama.

Pada 23 April lalu, Kabinet memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya -- Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 -- kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

Mohamed Nazri berkata, jemaah menteri telah bersetuju bahawa penentuan agama anak yang berumur di bawah 18 tahun sekiranya salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain mestilah dibuat selaras dengan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, menurut peruntukan itu, agama seseorang anak di bawah had umur tersebut hendaklah ditetapkan oleh ibu, bapa atau penjaganya.

Katanya, dalam kes Subashini a/p Rajasingam lawan Saravanan a/l Thangathoray (2008), Mahkamah Persekutuan telah mentafsirkan "parent" sebagai mufrad ("singular") dan bukannya jamak ("plural").

"Oleh itu, seseorang ibu atau bapa yang memeluk agama lain mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menetapkan agama anaknya yang berumur di bawah 18 tahun," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan