Putera Kelantan buat laporan polis nafi dakwaan Manohara

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setelah pelbagai tuduhan dilemparkan oleh isterinya Manohara Odelia Pinot mengenai penganiayaan sepanjang perkahwinan mereka, akhirnya Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra tampil membuat penafian. Putera Sultan Kelantan itu semalam membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 7 malam ditemani peguamnya, Mohd Haaziq Pillay . Pada sidang akhbar sejurus selepas laporan dibuat, Mohd Haaziq berkata: "Satu laporan polis telah dibuat petang ini oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan...kami akan menimbang tindakan undangundang berhubung dakwaan palsu terhadap Tengku.

"Kita tidak mahu mengulas apaapa, biarlah pihak berkuasa siasat," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan akan dipindahkan ke Balai Polis Kubang Kerian, Kelantan kerana kes itu didakwa berlaku di Istana Kelantan yang terletak dalam daerah itu.

Manohara, bekas model muda Indonesia, pulang ke Indonesia pada 31 Mei lepas dari Singapura ketika beliau berada di republik itu menemani suaminya melawat Sultan Kelantan di hospital Mount Elizabeth.

Sebaik saja berada di Indonesia, Manohara yang dikahwini Tengku Temenggong pada Ogos tahun lepas dilaporkan membuat pelbagai kenyataan di media Indonesia termasuk dakwaan dianiayai oleh suami. Akhir bulan lepas, Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan isu Manohara merupakan urusan peribadi suami isteri. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan