PKR pertikai keputusan Speaker gantung 7 MP

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Rakyat pagi semalam menggantung tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ekoran tindakan menjerit dan memakai lilitan "Bubar DUN".

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka keluar Dewan Rakyat menggambarkan pendirian BN tidak boleh menerima pandangan yang berbeza.

"Malah ia membangkitkan persoalan, sekali lagi tentang sikap memihak Pandikar sebagai Speaker Parlimen," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan.

Semalam Pandikar menggantung Nizar kira-kira lima minit selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Enam yang lain ialah Ahli Parlimen Gopeng, Beruas, Padang Serai, Pokok Sena, Kuala Kerai dan Kuala Selangor.

Mereka digantung selama dua hari dan boleh hadiri semula sidang Dewan Rakyat, yang bermula semalam, esok.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan