PKR ajak Wanita BN bincangkan isu wanita

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia berbincang dengan Wanita Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung isu-isu melibatkan wanita di negara ini.

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa.

"Bila-bila masa kita bersedia malah sebelum memegang jawatan YB (Yang Berhormat) lagi, kita telah bersedia," katanya yang juga ahli Parlimen Ampang pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Kuantan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti, Fuziah Salleh dan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha.

Bagaimanapun, ketika ditanya pendirian sayap itu berhubung gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh PAS, Fuziah berkata, mereka berpegang kepada pendirian parti iaitu ia bukan merupakan fokus buat masa ini.

"Masa ini fokus kita adalah untuk memantapkan Pakatan Rakyat.

"PAS sudah ada pengalaman bersama Umno di mana pengalaman daripada PAS itu begitu menyedihkan.

"Kita ada kekuatan sendiri dan tidak perlu mengharap kekuatan BN untuk berdebat," katanya.

Selain itu, mereka turut menggesa supaya BN turut mengikut jejak langkah PKR yang memperuntukkan 30 peratus kuota wanita dalam kepimpinan parti.

Zuraidah berkata, peruntukan yang diluluskan pada Kongres Nasional Khas PKR pada Sabtu lalu itu membuktikan parti itu mengiktiraf peranan wanita dalam kepimpinan tertinggi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan