Pelan Tindakan Pelancongan Kebangsaan 10 Tahun disediakan

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Satu Pelan Tindakan Pelancongan Kebangsaan baru yang menggariskan rancangan pembangunan industri pelancongan negara bagi tempoh 10 tahun akan dirangka bagi menggantikan Pelan Pelancongan Kebangsaan 1995-2010 yang tamat tempoh pelaksanaannya akhir tahun depan.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pihaknya turut melantik sebuah syarikat luar negara bertaraf antarabangsa yang bertindak sebagai penasihat dalam usaha merangka hala tuju industri pelancongan negara.

"Kami masih lagi menerima pelbagai cadangan supaya pelan baru ini dapat menjadikan negara lebih terkenal dalam dunia pelancongan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan wakilwakil industri pelancongan Langkawi di sini semalam.

Turut menyertai dialog itu Ketua setiausaha kementerian, Datuk Dr Ong Hong Peng serta Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Azman Umar.

Dr Ng berkata walaupun kerajaan ketika ini menghadapi cabaran besar dalam membangunkan sektor pelancongan, khususnya dalam aspek kelembapan ekonomi dan penyakit penyakit seperti influenza A (H1N1), usaha mempromosi Malaysia di luar negara tetap diteruskan.

Beliau seterusnya mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Penasihat kepada Menteri mengenai Pelancongan Langkawi yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan