Kes ke-18 Influenza H1N1 positif di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warganegara Filipina yang bekerja sebagai kelasi dengan syarikat perkapalan Malaysia yang berpangkalan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor dikesan menghidapi influenza A(H1N1).

Lelaki itu yang tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Manila dengan menaiki Malaysia Airlines (MAS) MH705 pada Ahad lepas telah dikesan dan disahkan demam semasa saringan di KLIA di samping mempunyai simptom batuk, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Beliau telah dirujuk serta dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan menghidap influenza A(H1N1) pukul 4.08 petang semalam, rawatan antiviral telah pun dimulakan," katanya dan menambah dengan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes influenza A(H1N1) di negara ini meningkat kepada 18 kes, dan kesemuanya kes import.

Kementerian Kesihatan sedang mengesan kesemua kontak termasuk anak kapal dan penumpang MH705, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Mereka boleh menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300 bagi membolehkan pihak berkenaan memberikan nasihat kesihatan termasuk keperluan kuarantin rumah, katanya.

Sementara itu, Dr Ismail berkata sejumlah sembilan kes positif influenza masih dirawat, iaitu empat di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (2) dan masingmasing satu kes iaitu di Hospital Pulau Pinang, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sejumlah 55 notifikasi kes yang menunjukkan gejala jangkitan influenza diterima dari seluruh negara dan dimasukkan ke wad isolasi termasuk kes ke-17 dan ke-18 yang didapati positif," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan