Kerajaan perpaduan: Najib rasakan PAS ikhlas, sedia bincang

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apaapa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 (CCEM) di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah.

"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.

Cadangan Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu disifatkan mampu untuk menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik negara secara menyeluruh.

Ketika diminta mengulas kekecohan yang ditimbulkan oleh Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa upacara mengangkat sumpah memegang jawatan di Dewan Rakyat samalam, Najib berkata perbuatan itu adalah disengajakan.

"Biasalah. Itu dia sengaja nak buat," katanya.

Mohammad Nizar telah diperintah keluar oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar peraturan pakaian dewan dengan menggunakan lilitan pada songkoknya selain melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" sebaik selesai mengangkat sumpah.

Beliau juga dilarang menghadiri persidangan selama dua hari.

Beberapa anggota pembangkang lain yang melakukan kesalahan serupa juga dikenakan tindakan yang sama. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan