Isu 'pengharaman' SIS, PAS saran adakan forum khas

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam mencadangkan sebuah forum khas diadakan untuk membahaskan mengenai isu 'pengharaman' Sisters In Islam (SIS) itu.

"Saya mencadangkan pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), PAS dan SIS duduk semeja dan membahaskan isu ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut Khalid, yang peliknya hingga hari ini belum ada pihak tampil ke hadapan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

"Kenapa bila PAS timbulkan isu 'pengharaman' SIS Majlis Fatwa mahupun Jakim tidak mahu mengambil sebarang tindakan dan masing-masing hanya mengambil sikap mendiamkan diri sahaja," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Khalid berkata, pendirian SIS dalam isu-isu seperti pembahagian hukum faraid dan poligami juga agak berbeza.

"Perkara begini sepatutnya diberi perhatian oleh mereka (Majlis Fatwa dan Jakim).

"Setakat ini kita hanya boleh desak Majlis Fatwa supaya menyiasat isu berkenaan.

"Kita (PAS) sedia mengadakan perbincangan dengan SIS mahupun badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab mengenai isu ini," katanya.

Jelas beliau, forum yang diadakan itu nanti dapat memberi penjelasan yang lebih jelas tentang peranan SIS dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan dengan Islam.

Ketika ditanya berkenaan pengharaman SIS, Khalid berkata perkara tersebut harus dirujuk kepada PAS pusat terlebih dahulu.

Sementara itu Khalid menegaskan bahawa usul'pengharaman' SIS tidak boleh ditarik balik kerana ia telah diluluskan tanpa bahas dalam Muktamar ke-55 parti itu tahun ini.

"Apa yang boleh dilakukan ketika ini ialah saya menulis kepada PAS pusat dan memberi penjelasan mengenai maksud usul tersebut. supaya tidak timbul kekeliruan selepas ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Kelmarin, Khalid mengaku berlaku kesilapan dalam usul mengenai isu 'pengharaman' SIS yang diluluskan tanpa bahas.

Kesilapan tersebut telah mencetuskan polemik kepada banyak pihak.

Pelbagai pihak telah salah tafsir mengenai apa yang dimaksudkan dan perundingan (musyawarah) merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

Pandangan Khalid ini juga telah mendapat sokongan daripada Muslimat Kawasan PAS Shah Alam.

Sebelum ini, ahli Jawatankuasa Muslimat Kawasan PAS Shah Alam, Mascidah Tawil berkata, terdapat kesilapan yang tidak disengajakan tentang usul yang dikemukakan itu.

Kelmarin, Khalid mengaku berlaku kesilapan dalam usul mengenai isu 'pengharaman' SIS yang diluluskan tanpa bahas sewaktu Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.

Kesilapan tersebut telah mencetuskan polemik kepada banyak pihak.

Pelbagai pihak telah salah tafsir mengenai apa yang dimaksudkan dan perundingan (musyawarah) merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

Pandangan Khalid ini juga telah mendapat sokongan daripada Muslimat Kawasan PAS Shah Alam.

Sebelum ini, ahli Jawatankuasa Muslimat Kawasan PAS Shah Alam, Mascidah Tawil berkata, terdapat kesilapan yang tidak disengajakan tentang usul yang dikemukakan itu.

Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharum berkata isu SIS ini akan diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan