Teh kemuka empat aduan mengenai ADUN Jawi kepada SPRM

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong hari ini mengemukakan empat aduan melibatkan dakwaan salah guna kuasa, peruntukan wakil rakyat serta penggunaan logo kerajaan negeri untuk kutipan derma terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Pulau Pinang, di sini.

Teh, yang tiba di perkarangan bangunan SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini, berkata beliau mempunyai beberapa dokumen yang menyokong aduannya itu dan meminta SPRM mengadakan siasatan dengan segera.

Ketika bercakap kepada pemberita di luar pagar SPRM, beliau berkata semua dokumen itu diserahkan kepada SPRM untuk membantu siasatan dan sekiranya tiada tindakan diambil, perkara itu akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam aduan itu, antara lain Teh mendakwa ADUN Jawi, Tan Beng Huat mengeluarkan surat kuasa kepada pembawa surat yang dilantiknya untuk mengambil alih semua dewan milik kerajaan, kuasa dan kewangan serta peralatan daripada semua pengerusi dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di beberapa kawasan di Seberang Perai Selatan (SPS) berikutan pertukaran kepimpinan kerajaan negeri.

Teh mendakwa, surat bertarikh 7 April 2008 itu sebagai bukti penyalahgunaan kuasa oleh Tan yang hanya mengangkat sumpah jawatan sebagai ADUN pada Mei 2008.

Selain itu, Teh mendakwa Tan telah menggunakan kepala surat dan logo Kerajaan Negeri untuk mengutip derma bagi sebuah tokong di Nibong Tebal, yang mana wang itu dipercayai tidak diserahkan kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan penerimaan aduan itu.

Pada 10 Jun lalu, Teh membuat pendedahan yang menggemparkan mengenai kepincangan dalam parti dengan membidas pucuk pimpinan DAP di Pulau Pinang yang didakwanya gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan salah laku terhadap wakil rakyatnya itu.

Teh dilaporkan mendakwa kepimpinan DAP terus membisu dan berdiam diri walaupun perbuatan wakil rakyat menyalahgunakan peruntukan RM2,000 untuk sebuah persatuan amal itu dimaklumkan kepada mereka lebih dua bulan lalu.

Berikutan pendedahan itu, DAP Pulau Pinang mengarahkan Tan menyerahkan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti, Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti bahawa kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

Sementara itu, Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, berkata pihaknya telah menerima laporan interim daripada Pegawai Kewangan Negeri Farizan Darus pada 12 Jun lalu mengenai dakwaan penyalahgunaan peruntukan berkenaan oleh wakil rakyat itu.

Daripada laporan itu, katanya Jabatan Kewangan Negeri berpendapat bahawa peruntukan bernilai RM2,000 yang diberikan kepada Persatuan Amal Chin Chee Kok telah dibelanjakan dengan sewajarnya jika bekalan itu melibatkan sebuah penghawa dingin dan dua peralatan elektrik.

Katanya berdasarkan laporan pesanan yang dikeluarkan pentadbir daerah SPS kepada syarikat pembekal, Northern Victory Enterprise, sememangnya terdapat bekalan sebuah peti televisyen dan peralatan DVD dibekalkan kepada persatuan itu.

Bagaimanapun, katanya difahamkan sebuah penghawa dingin dibekalkan kepada persatuan itu melalui peruntukan RM2,000 itu dan Jabatan Kewangan Negeri masih menunggu pengesahan daripada Pejabat Daerah SPS mengenai tarikh penghawa dingin itu dibekalkan.

Status penghawa dingin itu akan dimaklumkan sebaik sahaja laporan mengenainya diterima oleh Jabatan Kewangan Negeri dan sampul kecil mengenai perkara itu diambil oleh SPRM pada 7 Mei lepas untuk membantu siasatan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan