SIS mahu PAS tarik balik usul

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SiS) mahu usul tanpa bahas yang diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan pertubuhan mereka ditarik balik.

Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah berkata, PAS perlu menarik balik usul berkenaan jika mereka benar-benar mengakui wujudnya kesilapan pada usul berkenaan.

"Jika mereka sudah akui adanya kesilapan terhadap usul itu, kita harap mereka bolehlah tarik balik... lebih baik tarik balik," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad bahawa parti itu tiada niat langsung untuk menggesa kerajaan menggunakan kaedah keras terhadap SIS termasuk mengharamkannya.

Khalid dalam sidang medianya hari berkata isu tersebut menjadi kontroversi apabila wujudnya kesilapan dari segi penggunaan perkataan sesuai dalam usul berkenaan yang telah dihantar untuk tindakan susulan PAS Pusat sebelum muktamar berlangsung mingggu lalu.

Usul berkenaan dibawa oleh Dewan Muslimat PAS Shah Alam.

Bagaimanapun Maria berkata, tindakan Khalid menjelaskan mengenai kesilapan tersebut disifatkan sebagai agak terlambat kerana usul berkenaan sudah menjadi pendirian parti.

"Sudah terlambat... usul berkenaan sudah menjadi pendirian yang diterima parti tanpa bahas.

"Ia sudah pun menjadi resolusi yang dipersetujui oleh semua ahli dalam PAS," katanya.

Kata Maria lagi, beliau bagi pihak SIS mengucapkan tahniah kepada Khalid kerana berani mengakui kesilapan yang berlaku pada usul berkenaan.

"Walau apapun bagi SIS tindakan Khalid (membuat penjelasan) itu adalah sangat baik... kita hargai.

"Benda sudah berlaku, apa nak buat, tapi kalau boleh tarik balik... tariklah," ulang Maria lagi.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan