Sampah-sarap ancam kehidupan marin di Pulau Perhentian

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pulau Perhentian Besar dan Kecil mungkin bukan lagi "syurga" bagi kehidupan marin ekoran kelemahan dalam perancangan pembangunan, pembetungan dan pembuangan sampah-sarap.

Kerajaan negeri bimbang keadaan tersebut jika tidak diatasi akan memusnahkan terumbu karang di pulau-pulau tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw berkata, pembinaan chalet-chalet baru memburukkan lagi keadaan.

Ini kerana katanya, kebanyakan chalet itu tidak mempunyai pembetungan dan sistem pembuangan sampah-sarap yang sistematik.

"Sesetengah operator mengambil jalan mudah dengan menyalurkan semua sisa dari chalet masing-masing terus ke laut," katanya dalam satu temuramah semalam.

Toh berkata dalam musim puncak, longgokan sampah-sarap boleh dilihat di sekitar pulau-pulau itu. Ia dipercayai ditinggalkan oleh operator-operator tersebut.

"Mereka menyalahkan kami kerana tidak memusatkan sistem pembetungan dan pemungutan sampah-sarap. Tanpa disedari mereka, kerajaan negeri memerlukan kos yang tinggi untuk berbuat demikian.

"Kami telah memberikan kerja-kerja memungut sampah-sarap dari pulau dan membuangnya di tanah besar kepada kontraktor. Bagaimanapun, kebanyakan operator tersebut enggan membayar yuran penyelenggaraan dan masih membuang sampah-sarap sewenang-wenangnya ke laut," tambahnya.

Toh berkata kerajaan negeri bersedia membina satu pusat rawatan pembetungan di pulau-pulau terbabit jika operator-operator sanggup membayar yuran bulanan penyelenggaraan.

Bagaimanapun katanya, beliau was-was mereka sanggup berbuat demikian kerana mereka enggan berkongsi sebahagian keuntungan mereka untuk usaha-usaha pengawalan pencemaran seperti yang disokong kerajaan negeri.

"Kami akan memperhebat program menyemai kesedaran orang ramai terhadap pemuliharaan alam sekitar selain menggalakkan operator-operator memperbaiki kemudahan pelupusan sampah-sarap mereka.

"Kami juga akan melibatkan pihak berkuasa berkenaan untuk memupuk peri pentingnya penjagaan ekosistem pulau dalam kalangan operator tersebut," tambahnya. THE STAR

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan