Najib: "Karpal yang perlu minta maaf, bukan saya"

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah menghunus keris pada tahun 1987 sambil mencabar masyarakat Cina di negara ini. Sambil menolak dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat pagi ini, Najib yang ketika itu menerajui Pemuda Umno berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian.

Oleh itu kata Najib, beliau tidak perlu memohon maaf kepada masyarakat Cina sebagaimana dituntut oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di Dewan Rakyat hari ini.

"Insiden itu tidak pernah berlaku dan saya tidak perlu meminta maaf tetapi sebaliknya Karpal yang perlu meminta maaf," katanya menjawab soalan tambahan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hari ini.

Karpal ketika mengemukakan soalan tambahan bertanya Najib, yang kini juga merupakan Presiden Umno dan Pengerusi BN, akan memohon maaf kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan memasukkan kembali keris yang dihunus tanpa dibasahi darah masyarakat Cina.

Karpal bertanya demikian selepas Najib buat pertama kali menjelaskan soalan berkaitan dengan gagasan Satu Malaysia di Parlimen sejak ia diketengahkan oleh beliau April lalu.

Ia merupakan soalan pertama dalam senarai soalan lisan apabila Dewan Rakyat memulakan sidang mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen Ke-12 hari ini.

Najib juga menafikan gagasan Satu Malaysia meniru konsep Malaysian Malaysia yang dibawa DAP.

Sidang Dewan Rakyat hari ini merupakan yang pertama sejak Najib dilantik sebagai Perdana Menteri awal April lalu dan memperkenalkan gagasan Satu Malaysia.

Terdahulu dalam jawapan asal, Najib memberi jaminan gagasan Satu Malaysia tidak akan melenyapkan identiti mana-mana kaum di negara ini.

Najib berkata, "janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong daripada apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu ketika lalu."

"Sebaliknya Satu Malaysia menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

"Satu Malaysia menekankan sikap 'penerimaan' di kalangan rakyat berbilang kaum di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

"Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata," kata beliau menjawab soalan lisan seramai 15 Ahli Parlimen secara sekali gus hari ini.

Jelas beliau, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan Satu Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.

"Ia juga sangat berbeza dari konsep Malaysian Malaysia parti pembangkang.

"Satu Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada ruh perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat atau secara tersirat.

"Malahan gagasan Satu Malaysia kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, bahagian 2 dan bahagian 3 seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian, janganlah mana-mana pihak berasa khuatir atau menaruh syak serta bimbang bahawa konsep ini akan terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh bapa-bapa negara suatu ketika yang lalu," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan